Dia akrab di situ. Sejak jam 12 tadi. Tak berganjak pun. Mungkin sekadar menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Di depan matanya, ada deretan jurnal dan bahan baca yang perlu dipilih. Tugasan perlu disiapkan seawal esok hari. Maklum, pensyarah dah bagi tarikh akhir submisi. Dia akur.
Dari atas ke bawah, tetikus sama berlari mengikut matanya. Ke kiri dan ke kanan. Bila bosan, "klik"..dia atur rencana ke blog-blog di alam maya.
----------------------------
Ada satu coretan yang buat dia terpana...
"saya lebih takut kalau ditanya kat akhirat nanti, "apa yg kau telah buat untuk Islam?" Adakah wajar jawapan saya: saya tak lakukan apa-apa?"
Dan, dia terus diam. Diam dalam diam.
----------------------------
Menung. Bagai terpalit baris coretan dari blog sahabat mayanya itu ke mukanya yang keras. Seminit: dia merenung lagi.
Serasa lama menjadi dirinya yang 'kotor'. Mana entah perginya bacaan Quran usai solat. Mana juga hilangnya Dhuha yang akrab. Mana juga puasa sunat Isnin Khamis. Mana segala peneman ria??
Lama rupanya tak didekatkan diri. Makin hilang dalam kabur. Dia membening....
Dalam diri. Ada esakan nubari. Yang hanya dia tahu mengapa. Ini, sebuah muhasabahnya yang didetikkan Tuhan. Hanya dengan sebaris coretan.
Jauhnya dari jalan kelmarin. Walau jaraknya tidak pun jauh. Bagaimana pula dosa bisa jadi pengganti cahaya yang sedikit?
Dia geleng. Tak tahu.
---------------------------
Azan. Dia kemas kitab dan bahan baca. Meraup wajah yang redup. Dirinya telah di 'noda' sekawan dosa!!
No comments:
Post a Comment